Wednesday 27 November 2013

PROJEK 5 : NEIGHBOURHOOD & COMMUNITY


Bagi projek 5 pula kami telah diagihkan kepada beberapa kumpulan untuk menyiapkan projek ini. Bagi projek ini kami mendapat lokasi di kawasan perumahan Siara 81, Sg. ara. Kami juga telah melakukan site analysis di kawasan perumahan tersebut dan kami mendapati bahawa di kawasan perumahan tersebut terdapat lampu jalan bagi memudahkan penduduk kawasan perumahan tersebut. selain itu, pondok jaga juga terdapat di bahagian depan pintu masuk kawasan perumahan trsebut dan juga terdapat di bahagian belakang kawasan perumhan tersebut. Keadaan ini menyebabkan kawasan perumhaan tersebut lebih terjaga daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini seperti kes kecurian. Disamping itu, papan tanda juga disediakan bagi memudahkan penduduk mencari lokasi rumah. Papan tanda keselamatan juga turut disediakan bagi menjaga keselamatan penduduk kawasan perumahan tersebut...

Saya telah melukis 3 plan bagi kedudukan kawasan perumahan tersebut iaitu site plan, location plan dan key plan. Bagi mendapatkan skala sebenar kawasan perumahan tersebut, saya menggunakan cara pengiraan yang telah diajar oleh lecture. Bagi mendapatkan key plan dan location plan kawasan perumhan tersebut pula saya hanya mencarinya di dalam internet.


Bagi papan yang kedua pula saya memberikan cadangan kemudahan yang boleh ditambahkan di kawasan perumahan tersebut. Hal ini demikian kerana, berdasarkan kepada site analysis yang telah pun kami lakukan di kawasan perumahan tersebut tidak banyak kemudahan yang disediakan. Keadaan ini menyukarkan penduduk kawasan perumhan tersebut untuk mlakukan aktiviti harian mereka.

Antara kemudahan yang boleh ditambah di dalam kawasan perumahan tersebut adalah tadika. Hal ini demikian kerana, tiada tadika yang terdekat di kawasan perumahan tersebut. Keadaan ini menyukarkan ibu bapa kerana merek terpaksa menghantar anak mereka pergi ke sekolah yang jauh daripada kawasan perumahan mereka. Selain itu, telefon awam juga perlu disediakan kerana sekiranya berlaku sebarang kecemasan penduduk kawasan perumahan tersebut boleh menggunakan telefon awam tersebut. Bas stop juga perlu disediakan . hal ini demikian kerana bas sekolah dan bas kilang akan masuk untuk mengambil murid-murid sekolah berikutan sekolah jauh daripada kawsan perumahan dan juga pekerja kilang. Di kawasan peruahan tersebut tiada surau selain tokong cina. Ini menyukarkan penganut agama islam untuk menunaikan solat si surau atau masjid. Taman permainan kanak-kanak juga perlu diperbai pulihkan lagi kerana tiada ciri-ciri keselamatan di taman permainan tersebut. Keadaan ini boleh memahayakan kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment