Saturday 21 September 2013



PERSONAL LOGO

Assalamualaikum. Ini adalah hasil logo yang telah sya hasilkan. Saya menggunakan perkataan "creatif design" di dalam logo saya kerana saya faham bahawa setiap pelajar HBP(teknologi bangunan) perlulah kreatif dalam membina sesuatu bangunan. Hal ini demikian kerana, negara kita perlu bersaing dengan negara luar yang sedang pesat dengan pembanguann. Kepesatan proses pembangunan dari negara luar cukup hebat kerana mereka menggunakan teknologi yang begitu tinggi di dalam proses pembangunan. Oleh itu, negara kita memerlukan teknologi yang tinggi untuk bersaing dengan negara luar.

Saya memilih warna merah untuk logo saya kerana warna merah melambangkan semangat yang ada di dalam diri saya untuk terus berusaha memajukan diri ke hadapan. Selain itu watna merah juga merupakan warna kegemaran saya. 

Saya membuat trade mark "born to success" kerana setiap manusia yang dilahirkan diatas muka bumi ini dilahirkan untuk menjadi seorang yang berjaya. Kesemuanya bergantung kepada diri setiap individu untuk mencorakkan rentak hidup mereka dalam menuju jalan yang benar ataupun sebaliknya. Trade mark born to success ini juga saya peroleh daripada kata-kata arwah kawn saya yang sentiasa menggunakan trade mark ini sebagai pendorong ke arah kejayaan yang ingin dicapai. Harapan ibubapa untuk melihat anak-anak mereka berjaya akan tercapai sekiranya disusuli dengan usaha dan doa. Insyaallah.....

Monday 16 September 2013


PERSONAL BACKGROUND



      Assalamualaikum. Nama saya Nur Haida binti Idris tetapi hanya dikenali sebagai 'Haida' dalam kalangan rakan-rakan saya. Saya berumur 20 tahun. Saya dilahirkan pada 21 april 1993 di Hospital Segamat, Johor. bapa saya bernama Idris bin Chait. Dia merupakan seorang peneroka di Felda Selancar 3, Pahang. Ibu saya pula bernama Ishas binti Hj. Awang yang merupakan seorang surirumah tangga. Walaupun hidup didalam sebuah keluarga yang serba sederhana tetapi saya mempunyai sebuah keluarga yang besar. Saya mempunyai 10 orang adik beradik tetapi salah seorang daripada abang sya telah kembali menghadap yang maha esa. Kini saya mempunyai 2 orang abang, 4 orang kakak, dan 2 orang adik lelaki.
   
       
          Saya memulakan pendidikan awal saya di tabika kemas. Setelah itu saya telah dihantar untuk elanjutkan pelajaran di SK Selancar 3, Pahang. Setelah tamat pengajian di sekolah rendah, saya dihantar pula untuk melanjutkan pelajaran di sekolah menengah iaitu SMK Perwira Jaya. Semasa peperiksaan SPM saya tidak berjaya untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana pusat pengajian selain di tingkatan 6. Dengan itu, saya mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 di SMK Selancar. Saya berjaya mendapat pointer sebanyak 3.25 di dalam peperiksaan STPM. Setelah itu saya juga berjaya menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Perumahan, Bangunan, dan Perancangan (HBP) (Teknologi Bangunan). Saya sangat gembira kerana terpilih untuk melanjutkan pelajaran di Universiti APEX seperti USM. Saya juga berharap akan mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan bidang saya ini dan seterusnya dapat membanggakan kedua ibu bapa saya. Insya-allah.