Thursday 26 December 2013

PROJECT 8 : DINNER AND PERFORMANCE NIGHT

Untuk projek 8 iaitu projek terakhir bagi semesta ini kami perlu membuat satu makan malam berserta dengan persembahan mengikut major masing-masing pada malam tersebut. Setiap major diberikan tema yang berlainan. Bagi building technology diberikan tema 'mataram' iaitu tema yang lebih ke arah jawa. Pada malam tersebut juga kami membuat persembahan tarian dengan menggabungkan 2 buah lagu iaitu Nirmala daripada Dato' Siti Nur Haliza dan juga lagu Wakawaka daripada Syakira. 



















PROJECT 7 : EXIBITION DAY

Bagi projek 7 kami diberikan tugasan untuk membuat satu exibition day yang bertemakan 'Floating Line'. Dengan menggunakan kretiviti sendiri kami diminta untuk membuat satu booth mengikut major masing-masing mengikut tema yang telah diberikan. 
Ini merupakan gambar booth "Building Technology".









PROJECT 6

Untuk projek 6 kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri daripada 16 orang ahli. Bagi projek ini kami telah diberi tugasan untuk membuat satu design stage di satu kawasan tapak yang telah disediakan. Kami perlu mereka bentuk stage yang sesuai untuk persembahan yang terbuka. Jadi kami perlu membuat analisis terhadap kawasan yang telah disediakan. 

PROJECT 6(a) : THE AMPHITHEATRE DESIGN STAGE

Bagi menyiapkan projek ini kami membahagikan ahli kumpulan kami kepada 2 kumpulan lagi iaitu kumpulan design dan non-design. Ahli kumpulan design telah pun membuat beberapa design untuk dipersembahkan. Studio master kami iaitu Dr.Sharmila telah pun memilih design yang dibuat oleh Izzat Fudin iaitu the coleaf.


Ini merupakan mini design yang telah pun dibuat oleh arkitek kami. Kami membuat design stage yang boleh memuatkan 100 orang penonton. Kami juga menyediakan tempat duduk untuk OKU. 


BOARD 1
Ini merupakan board pertama yang kami hasilkan. Di dalam board ini terdapat key plan, location plan dan site plan berdasarkan kepada analisis yang telah pun kami buat di tapak stage tersebut. Selain itu, kami juga menerangkan berkenaan dengan kemudahan yang telah pun sedia ada di kawasan tersebut seperti pondok bas, pokok-pokok seperti pkok kelapa dan juga parking kereta.


BOARD 2

Di dalam board kedua pula kami menerangkan tentang joint yang kami ingin gunakan untuk membuat stage sebenar kami. Kami telah memilih untuk menggunakan housing joint, tongue and groove joint dan juga mitre joint. Kami telah pun membuat kajian sebelum kami memilih joint ini. Di dalam board ini kami juga menunjukkan pandangan sebenar stage kami dari kiri, kanan, depan dan juga belakang stage.


BOARD 3

Di dalam board ketiga kami pula, kami menerangkan tentang desig di dalam stage kami. Kami telah pun meletakkan LCD screen, speaker, LCD projektor, sport light dan lighting lain. 



PROJECT 6(b) : PROJECT REPORT

Bagi projek 6(b) kami perlu menyediakan 2 jenis report iaitu progress report dan juga report akhir. Progress report perlu dihantar kepada studio master kami iaitu Dr.Sharmila pada setiap minggu. Final report pula dihantar semasa kami selesai membuat model stage kami.

PROJECT 6(c) : PHYSICAL SCALE MODEL

Ini merupakan model stage kami yang sebenar.







Wednesday 27 November 2013

PROJEK 5 : NEIGHBOURHOOD & COMMUNITY


Bagi projek 5 pula kami telah diagihkan kepada beberapa kumpulan untuk menyiapkan projek ini. Bagi projek ini kami mendapat lokasi di kawasan perumahan Siara 81, Sg. ara. Kami juga telah melakukan site analysis di kawasan perumahan tersebut dan kami mendapati bahawa di kawasan perumahan tersebut terdapat lampu jalan bagi memudahkan penduduk kawasan perumahan tersebut. selain itu, pondok jaga juga terdapat di bahagian depan pintu masuk kawasan perumahan trsebut dan juga terdapat di bahagian belakang kawasan perumhan tersebut. Keadaan ini menyebabkan kawasan perumhaan tersebut lebih terjaga daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini seperti kes kecurian. Disamping itu, papan tanda juga disediakan bagi memudahkan penduduk mencari lokasi rumah. Papan tanda keselamatan juga turut disediakan bagi menjaga keselamatan penduduk kawasan perumahan tersebut...

Saya telah melukis 3 plan bagi kedudukan kawasan perumahan tersebut iaitu site plan, location plan dan key plan. Bagi mendapatkan skala sebenar kawasan perumahan tersebut, saya menggunakan cara pengiraan yang telah diajar oleh lecture. Bagi mendapatkan key plan dan location plan kawasan perumhan tersebut pula saya hanya mencarinya di dalam internet.


Bagi papan yang kedua pula saya memberikan cadangan kemudahan yang boleh ditambahkan di kawasan perumahan tersebut. Hal ini demikian kerana, berdasarkan kepada site analysis yang telah pun kami lakukan di kawasan perumahan tersebut tidak banyak kemudahan yang disediakan. Keadaan ini menyukarkan penduduk kawasan perumhan tersebut untuk mlakukan aktiviti harian mereka.

Antara kemudahan yang boleh ditambah di dalam kawasan perumahan tersebut adalah tadika. Hal ini demikian kerana, tiada tadika yang terdekat di kawasan perumahan tersebut. Keadaan ini menyukarkan ibu bapa kerana merek terpaksa menghantar anak mereka pergi ke sekolah yang jauh daripada kawasan perumahan mereka. Selain itu, telefon awam juga perlu disediakan kerana sekiranya berlaku sebarang kecemasan penduduk kawasan perumahan tersebut boleh menggunakan telefon awam tersebut. Bas stop juga perlu disediakan . hal ini demikian kerana bas sekolah dan bas kilang akan masuk untuk mengambil murid-murid sekolah berikutan sekolah jauh daripada kawsan perumahan dan juga pekerja kilang. Di kawasan peruahan tersebut tiada surau selain tokong cina. Ini menyukarkan penganut agama islam untuk menunaikan solat si surau atau masjid. Taman permainan kanak-kanak juga perlu diperbai pulihkan lagi kerana tiada ciri-ciri keselamatan di taman permainan tersebut. Keadaan ini boleh memahayakan kanak-kanak.
Bagi projek 4 ini saya perlu menghasilkan 2 presentation drawing. Bagi board yang pertama saya telah menghasilkan lukisan daripada pandangan hadapan, belakang, kiri dan kanan. Bagi papan yang kedua pula saya perlu menghasilkan axonomatrik drawings berpandukan kepada model kerusi yang telah dihasilkan daripada projek 3(b). Ini adalah hasil lukisan axonomatrik drawnings saya.


PROJEK 4 : PRESENTATION DRAWINGS




Ini adalah hasil kerja saya bagi projek 4. Saya menghasilkan presentation drawing ini daripada model kerusi saya iaitu projek 3(b). Saya menghasilkan presentation drawing daripada pandangan hadapan, belakang, kiri dan juga kanan. Presentation drawing ini juga perlu diwarnakan menikut warna kerusi sebenar yang akan dihasilkan dengan menggunakan sekurang-kurangnya 1 warna. 





Wednesday 13 November 2013

Ini adalah hasil kerja saya untuk projek 3(b)... Saya menyiapkan projek ini bersama dengan ahli kumpulan saya iaitu nuraina atikah, nurul syuhada dan saya sendiri Nur haida. Saya mengambil masa selama 4hari bagi menyiapkan model ini...

Saya cuba untuk menggabungkan kerusi yang boleh digunakkan untuk menyandar dan juga untuk baring. Kerusi malas tersebut digunakan untuk merehatkan diri dan bersantai di samping suasana persekitaran kawasan tersebut yang menarik...

perkataan HBP diletakkan kerana kami adalah pelajar-pelajar HBP. sekian saja daripada saya untuk projek ini...