ESSAY





PENGENALAN DIRI

Assalamualaikum semua. Nama saya Nur Haida Binti Idris tetapi hanya dikenali sebagai Haida dalam kalangan kawan-kawan saya. Saya berumur 20 tahun. Saya dilahirkan pada 21 April 1993 di Hospital Segamat,Johor tetapi saya dibesarkan di Felda Selancar 03, Pahang. Bapa saya berasal daripada Pulau Pinag manakala ibu saya pula berasal daripada Kulim, Kedah. Walaupun ibu bapa saya merupakan peneroka Felda tetapi hidup kami tidaklah mewah. Keluarga say merupakan golongan keluarga yang sederhana. Ibu bapa saya hanya bekerja sebagai penoreh getah tetapi kini mereka telah tua dan sudah tidak bekerja lagi.

Saya mempunyai 9 orang adik beradik dan saya merupakan naka yang ke-7. Saya mempunyai 2 orang abang, 4 orang kakak dan 2 orang adik dimana 5 orang daripada mereka telah pun bekerja dan telah pun berkahwin. Seorang kakak dan 2 oarang adik lelaki saya masih lagi belajar. Kakak saya masih lagi melanjutkan pelajaran di Universiti Perguruan Sultan Idris, saya di Universiti Sains Malaysia, adik lelaki saya di matrik Gambang dan seorang lagi adik lelaki saya masih lagi disekolah menengah iaitu di tingkatan 3. Walaupun masih 4 oran daripada kami masih lagi belajar tetapi kami dibantu oleh kakak dan abang yang telah pun bekerja kerana ibu bapa saya sudah tidak bekerja lagi.

PERINGKAT PENDIDIKAN

Saya bukanlah seorang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam setiap peperksaan saya. Saya hanya mendapat 1A(UPSR), 2A(PMR), dan 4A(SPM). Bagi saya ini bukanlah suatu pencapaian yang cemerlang sekiranya hendak dibandingkan dengan kawan-kawan saya yang lain yang memperoleh keputusan yang jauh lebih baik. Dengan hanya mendapat keputusan 4A didalam peperiksaan SPM saya tidak mendapat peluang melanjutkan pelajaran di mana-mana selain politeknik dan juga tingkatan 6. Tetapi setelah mendapatkan penerangan daripada kaunselor sekolah saya mendapati bahawa sekiranya saya memilih untuk melanjutkan pelajaran di politeknik peluang saya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di peringkat ijazah sangat nipis. Jadi saya membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran saya di tingkatan 6.

Semasa berada di tingkatan 6, saya mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu, Pengajian Am, Pengajian Perniagaan dan juga Geografi. Semasa di tingkatan 6 juga saya tidak mendapat keputusan yang begitu cemerlang di tingkatan 6 rendah. Saya hanya mendapat 1.68 sahaja pada mulanya. Naik di tingkatan 6 atas juga saya masih mendapat keputusan yang tidak melayakkan saya untuk melanjutkan pelajran di peringkat universiti. Semasa peperiksaan percubaan STPM saya hanya mendapat 2.33. Keadaan ini membuatkan saya berasa agak putus asa. Saya tidak mendapat keputusan yang tinggi seperti rakan-rakan saya yang lain walaupun saya telah pun belajar sehingga lewat malam. 

Namun di dalam peperiksaan sebenar saya masih lagi mencuba untuk meningkatkan pencapaian saya. Setelah mendapat kritikan yang agak kurang sedap didengar oleh pengetua sekolah saya, saya dan rakan-rakan saya yang lain berasa agak tercabar. Disebabkan oleh itu saya mencuba meningkatkan usaha saya beserta dengan doa dan alhamdulillah saya telah pun mendpat 3.25 dalam pepriksaan sebenar saya. Gembira yang tidak terkata walaupun masih mendapat keputusan yang rendah daripada rakan-rakan yang lain tetapi saya telah melepasi target saya sendiri iaitu 3.0.



Kenangan di tingkatan 6

PENGALAMAN DI UNIVERSITI

Dengan mendapat keputusan 3.25 dalam peperiksaan, saya berjaya diterima untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia. Saya sangat-sangat bersyukur kerana saya telah  pun mencapai impian untuk melanjutkan pelajaran di peringkat universiti dan telah dapat memberikan suatu perkara yang dapat mengembirakan hati kedua ibu bapa saya.

Pada mulanya saya agak tidak percaya dengan course yang saya dapat kerana saya merasakan apa yang telahpun saya pelajari di sekolah dahulu tiada kaitannya dengan course yang saya dapat sekarang. Saya langsung tidak tahu mengenai course yang ditawarkan kepada saya. Semasa mendapat projek pertama saya telahpun merasakan bahawa saya tidak mempunyai minat dai dalam bidang ini. Hal ini demikian kerana saya sangat-sangat tidak berminat dengan lukisan sejak kecil lagi. Disebabkan ketiadaan minat didalam course ini saya berasa agak tertekan. Hampir setiap kali mendapat projek baru saya akan berasa tertekan. Namun saya mencuba sedaya upaya saya untuk menanam minat didalam course ini dan alhamdulillah setelah membuat 8 projek didalam semesta 1 ini saya sedikit sebanyak mempunyai minat di dalam course ini dan bagi saya HBP merupakan suatu course yang sangat menarik. Hal ini demikian kerana, cara hidup peajar-pelajar HBP sangat jauh berbeza dengan pelajar-pelajar daripada course lain. 'Studio life' membuatkan saya mendapat banyak pengalaman baru, dan ramai kawan walaupun penat.

Saya berharap dengan berjayanya saya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dan mendapat course HBP ini boleh memberikan saya peluang yang cerah untuk mendapatkan pekerjaan pada masa akan datang. Dan sekiranya ada rezeki saya juga ingin mencuba untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi iaitu ke peringkat Master dan juga Phd. Aminnnn.....



No comments:

Post a Comment